Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS telah DIBUKA SEMULA. Prestasi capaian akan sentiasa dipantau oleh pihak JPA secara berterusan.
Dimakluman satu dokumen Tips Do and Don't bagi Submodul Pengurusan Cuti telah dikeluarkan bagi melancarkan proses Penjanaan Kelayakan Cuti 2013. Ia memaparkan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil perhatian oleh Pemilik Komptensi dan juga Pentadbir Cuti Agensi sewaktu aktiviti Penjanaan Cuti 2013 berlaku. Semua Pentadbir Cuti dinasihatkan untuk memuat turun dokumen ini.
Dilampirkan panduan pengguna terkini bagi fungsi Kelayakan Cuti dibawah Submodul Pengurusan Cuti. Semua Pentadbir Cuti hendaklah memastikan Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Dimaklumkan bahawa satu cadangan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 telah dikeluarkan sebagai panduan Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012. Semua agensi dibawah Kementerian dan SUK dinasihatkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti hujung tahun (bagi Submodul Pengurusan Cuti) mengikut aturan yang telah ditetapkan. Dilampirkan dokumen berkaitan Jadual Penjanaan dan juga Langkah-langkah Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012.
Pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012
Jadual Penjanaan Akhir Tahun 2012
Dimaklumkan bahawa menu fungsi Kemaskini Profil Pengguna ditutup sementara waktu kepada semua pentadbir yang mempunyai peranan tersebut bagi tujuan aktiviti penyelenggaraan sistem. Harap maklum.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2012 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya.
Pengerusi : YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Surat jemputan rasmi bertarikh 8 Oktober 2012 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah
(e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
/ Tel: 03-8316 4316)
atau
Cik Siti Azura Binti Khairruddin
(e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
/ Tel: 03-8316 4353)
http://www.jpa.gov.my/docs/intranet/dkict08.pdf
Panduan Amalan dan Prosedur Luar Talian Integrasi HRMIS - GFMAS
Muat Turun