Sektor integrasi telah melaksanakan pembangunan perkongsian data HRMIS dengan menggunakan fungsi web services. Sehubungan itu, sektor integrasi telah menyediakan beberapa dokumen sebagai panduan bagi pihak agensi untuk berkongsi data dengan HRMIS. Dokumen yang dilampirkan adalah seperti berikut:
1) Kertas Perkongsian Data HRMIS
2) Garispanduan Pelaksanaan Perkongsian Data HRMIS
3) Lampiran A - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah SRS dan A/muka Integrasi (Web services)
4) Lampiran B - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah Peralihan Data (DC Tools)
5) Lampiran C - Senarai Elemen Jadual Rujukan HRMIS