Dilampirkan manual bagi fungsi-fungsi SMS CUTI HRMIS yang telah dibangunkan serta telah sedia untuk digunakan di peringkat JPA dan agensi.
Terdapat 4 fungsi yang telah dibangunkan:
1) Semak Baki Cuti Rehat
2) Semak GCR
3) Semak Status Cuti
4) Permohonan Cuti Rehat
Syarat asas bagi membolehkan pegawai menggunakan semua fungsi ini adalah:
1) Mempunyai rekod asas di dalam HRMIS
Dan syarat tambahan bagi menggunak an fungsi Permohonan Cuti Rehat adalah:
1) No Tel Bimbit perlu didaftarkan di dalam HRMIS (Submodul Rekod Peribadi)
2) Aliran Kerja Cuti Rehat telah wujud
3) Memohon cuti selewat-lewatnya sehari sebelum bercuti.
Setiap kos penghantaran SMS adalah RM0.15 dan kos penerimaan SMS adalah RM0.20.
Dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan, perkhidmatan Helpdesk HRMIS JPA mula beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.