Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Soalan Lazim»Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran »Apakah nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] dan ruang [Telah Terima]?
A+ R A-
Saring perkara dengan tarikh: Mei 2011

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Kompentensi, Bahagian Perkhidmatan akan melaksanakan uji cuba permohonan peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan Siri 2/2011 melalui Modul Penilaian Kompentensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan dalam Aplikasi HRMIS.

2. Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah membuat permohonan peperiksaan perkhidmatan melalui dua (2) kaedah berikut:

i) Aplikasi HRMIS – boleh dicapai di hrmis.eghrmis.gov.my ATAU melalui Internet di hrmisone.eghrmis.gov.my (di bawah Modul Kompetensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan). Panduan dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) KLIK DISINI ; dan

ii) Portal Peperiksaan Perkhidmatan – boleh dicapai di www.kompentensi.jpa.gov..my/peperiksaan/mohon

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2012 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di sebelas (11) agensi di bawah JPM telah dibuka untuk permohonan melalui Submodul Program Pengajian.

Agensi-agensi di bawah JPM yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Istana Negara
2. Jabatan Audit Negara
3. Jabatan Peguam Negara
4. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
5. Parlimen Malaysia
6. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia
7. Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
8. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
9. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
10. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
11. Suruhanjaya Pilihan Raya

Pegawai-pegawai yang berminat bolehlah membuat permohonan melalui Submodul Program Pengajian. Panduan Pengguna boleh dirujuk dan dimuat turun menerusi portal di Ruangan Pembelajaran > Modul & Submodul > Modul Pembangunan

Merujuk kepada Surat Edaran JPA dengan rujukan JPA(I)S.175/22/1 Klt. 3 (38) bertarikh 25 April 2011, pegawai-pegawai JPM dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di sebelas (11) agensi di bawah JPM adalah dipelawa untuk membuat permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) melalui Submodul Program Pengajian.

Agensi-agensi di bawah JPM yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Istana Negara
  2. Jabatan Audit Negara
  3. Jabatan Peguam Negara
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  5. Parlimen Malaysia
  6. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia
  7. Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
  8. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  9. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  10. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  11. Suruhanjaya Pilihan Raya


Bersama-sama ini di sertakan rujukan manual pengguna sebagai panduan. Manual ini juga boleh dimuat turun menerusi portal di Ruangan Pembelajaran > Modul & Submodul > Modul Pembangunan