Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Dasar Pelaksanaan»Papar perkara dengan tag: 2010
A+ R A-
Saring perkara dengan tarikh: November 2011

Permohonan untuk menghadiri Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi telah ditutup.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

 

Dimaklumkan bahawa Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 7 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Cempaka, Aras 1,
Bangunan MKN-Embassy Techzone,Blok A,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,Cyberjaya,Sepang 

Surat jemputan rasmi akan dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam jangkamasa terdekat. Disertakan juga Langkah pelaksanaan (Lampiran B) dan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2012 (Lampiran C) untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
PUAN NURUL AISHAH BINTI KARIS 
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Tel: 03-8316 4377)

atau

PUAN FOO SOOK FUANG
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Tel: 03-8316 4026)

 

Lampiran B

Lampiran C

 

Aktiviti Submodul Pengurusan Cuti Hujung Tahun 2011

Khamis, 24 November 2011 11:56 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Adalah dinasihatkan agar semua pengguna HRMIS yang ingin memohon cuti pada bulan Disember 2011 agar dapat menghantar permohonan sebelum 2 Disember 2011. Semua pengguna juga dinasihatkan juga untuk menyemak baki cuti dan memastikan semua permohonan cuti sepanjang tahun telah diluluskan dan tidak tergantung melalui menu Penyemakan Cuti. Sekiranya semua permohonan cuti telah selesai, semua pengguna juga boleh mula membuat Permohonan GCR dan Bawa Kehadapan secara online sebelum 9 Disember 2011. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh muat turun dokumen di ruangan Aktiviti Submodul Pengurusan Cuti Pada Hujung Tahun di Portal HRMIS.

Penambahbaikan: Fungsi Paparan Format Keseluruhan & Aturan SKT

Muat Turun

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil.2/2011

Khamis, 03 November 2011 15:14 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil.2/2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : 

Tarikh: 10 November 2011 (Khamis)

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi: YBhg. Dato' Dr. Ismail Bin Alias

 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (Operasi)

Surat jemputan rasmi bertarikh 28 Oktober 2011 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut ingin dimaklumkan bahawa pihak urus setia  tidak menyediakan slaid semasa mesyuarat berlangsung selaras saranan paperless enviroment. Bahan-bahan mesyuarat akan diemelkan  terlebih dahulu atau sedia dimuatkan ke dalam komputer semasa mesyuarat. Justeru, ahli-ahli mesyuarat adalah digalakkan membawa bersama komputer riba ke mesyuarat ini untuk kegunaan sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut : 

(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4352)

atau

(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4353)

HRMIS Strong Password

Khamis, 03 November 2011 15:08 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Pelaksanaan HRMIS Strong Password akan dijalankan pada pertengahan bulan November 2011 bertujuan untuk meningkatkan sekuriti Kata Laluan pengguna aplikasi HRMIS selaras dengan pematuhan kepada Dasar Keselamatan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (DKICT JPA) dan Malaysian Public Sector ICT Management Security Handbook (MyMIS).
Sila rujuk lampiran yang disediakan bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Muat Turun

Dimaklumkan bahawa fungsi Permohonan GCR bagi Guru/Pengawai Pendidikan (menggunakan Cuti Rehat Khas) dan juga kemasukkan Data Sejarah Maklumat GCR (menggunakan Cuti Rehat Khas) telah sedia untuk digunakan bermula pada 25 Oktober 2011. Bagi Guru/Pengawai Pendidikan yang ingin memohon Cuti Rehat Khas, sila pastikan Petunjuk Kompetensi, kelayakan Cuti Rehat Khas dan Aliran Kerja telah diselenggara. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh memuat turun Manual pengguna Kit Latihan- Permohonan GCR Online dan Kemasukkan Data Sejarah Maklumat GCR bagi Pegawai Pendidikan di Portal HRMIS.

Muat Turun