Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Informasi HRMIS»Makluman Semasa»Kemudahan Helpdesk Agensi
A+ R A-
Selasa, 19 Januari 2010 23:41
Tahap perkara ini
(15 undian)

Kemudahan Helpdesk Agensi Utama

Tahukah anda bahawa sebagai pengguna HRMIS (pemilik kompetensi), anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan dari pentadbir HRMIS di agensi anda bagi menyelesaikan permasalahan yang di hadapi?...

Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk memudahkan anda menyelesaikan masalah penggunaan HRMIS dengan lebih cepat tanpa perlu menghubungi Helpdesk HRMIS di JPA.

Pentadbir HRMIS di agensi boleh menyelesaikan permasalahan anda yang berkaitan fungsi-fungsi berikut iaitu:

1.    Sekuriti (cth: Penetapan Peranan, ID tidak wujud, Lupa Kata Laluan, Kata Laluan disekat)
2.    Aliran Kerja (cth: Selenggara peraturan aliran kerja,kemaskini penerima dan penghantar)
3.    Penyenggaraan Sistem (cth:Selenggara Jadual Rujukan, Kemaskini Data Sejarah)

Sila klik http://www.eghrmis.gov.my/images/direktori/direktori_suk_kementerian2.pdf untuk senarai nombor telefon pentadbir HRMIS di agensi.

Untuk tujuan pembelajaran kendiri, anda juga boleh membuat rujukan di portal HRMIS (http://www.eghrmis.gov.my) pada Ruangan Pembelajaran dan Bantuan HRMIS bagi membantu anda menggunakan HRMIS dengan lebih lancar.

Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk menukar bookmark pelayar Internet Explorer anda dari laman login HRMIS (https://hrmis.eghrmis.gov.my) ke portal HRMIS (http://www.eghrmis.gov.my) bagi mendapat informasi terkini mengenai HRMIS.

Kemaskini terakhir pada Jumaat, 08 April 2011 09:25