Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Galeri»Pentadbir Sistem
A+ R A-
Pentadbir Sistem

Pentadbir Sistem

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

AKTIVITI PENGUJIAN (STRESS TEST) APLIKASI HRMIS 2.0

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Pengujian (Stress Test) Aplikasi HRMIS 2.0 bagi menilai tahap prestasi HRMIS 2.0 sebelum pelancarannya. Aktiviti pengujian ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Tindakan Pemilik Kompetensi : Mengakses Aplikasi HRMIS 2.0 melalui URL berikut : 
     http://testing.jpa.gov.my/hrmis31 
ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Pengguna
Kata Laluan : Kata Laluan Sebenar HRMIS

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, HRMIS 2.0 boleh dicapai melalui pelbagai pelayar iaitu Internet Explorer (versi 10 dan ke atas), Mozilla (versi 30 dan ke atas), Chrome (versi 39 dan ke atas) dan Safari (versi 5 dan ke atas). Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk bersama-sama melaksanakan pengujian HRMIS 2.0 ini berdasarkan peranan di dalam HRMIS sedia ada. Untuk makluman, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah bebas untuk melaksanakan transaksi ke atas sebarang modul semasa pengujian ini kerana ianya tidak akan menjejaskan data sebenar HRMIS.

Bersama-sama pemakluman ini juga turut disertakan panduan untuk mengakses Aplikasi HRMIS 2.0. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti pengujian ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

i. Encik Ruhaimi Bin Che Jusoh
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ii. Encik Ahmad Faizal Bin Ishak
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

iii. Pasukan Helpdesk HRMIS JPA
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: 03-8885 3900

Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan aktiviti pengujian ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN - PANDUAN MENGAKSES APLIKASI HRMIS 2.0

Salam Transformasi & Salam 1Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Unit Helpdesk,Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA sedang dalam proses perpindahan dari Bangunan MKN-Embassy Techzone, Cyberjaya Ke Kompleks C1 mulai 17 Januari 2015.

Oleh yang demikian, nombor telefon sementara bagi HELPDESK HRMIS akan bertukar ke 03-88853900 berkuatkuasa 17 Januari 2015 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pihak tuan/ puan.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Salam Transformasi & Salam 1Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA sedang dalam proses perpindahan dari Bangunan MKN-Embassy Techzone, Cyberjaya Ke Menara Seri Wilayah Mulai 14 Januari 2015 Hingga 31 Januari 2015.

Oleh yang demikian, akan berlaku sedikit gangguan berkaitan pertanyaan atau semakan log aduan HRMIS tuan/puan. Segala maklum balas dan penyelesaian akan dimaklumkan kepada pihak tuan/ puan dalam masa yang terdekat selepas proses pemindahan selesai dilakukan.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pihak tuan/ puan.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil.1/2014

Tarikh             : 24 November 2014 (Isnin)
Tempat           : The Everly, Putrajaya
Pengerusi        : YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman
                        Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
                        Jabatan Perkhidmatan Awam MALAYSIA

Kertas Makluman 1: Kriteria Penilaian KPI HRMIS Tahun 2015
Kertas Makluman 2: Statistik Data HRMIS 2014
Kertas Makluman 3: Amalan Pembudayaan HRMIS di KPM

Mesyuarat Kerja Pemurnian Data HRMIS

Tarikh: 30 Oktober 2014
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Cempaka
Aras 1, JPA Cyberjaya

Slaid Pembentangan Mesyarat Kerja Pemurnian Data

Pembentangan 1: Pindaan Kamus KPI HRMIS Tahun 2014 oleh Puan Zaidatul Akhmar Binti Kamarudzaman
Pembentangan 2: Integriti Data HRMIS oleh Puan Siti Aqilah Nadiah Binti Abdul Karim

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS 2014

Khamis, 16 Oktober 2014 08:54 Diterbitkan dalam Foto

Program HRMIS User Group Summit 2014 (HUGS 2014)

Khamis, 16 Oktober 2014 08:48 Diterbitkan dalam Foto

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 1 dari 12