Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Informasi HRMIS»Komen & Penghargaan
A+ R A-
Pengurusan Prestasi
Pengurusan Prestasi

Pengurusan Prestasi (37)

No. KPT adalah merujuk kepada Nombor Kad Pengenalan Terperinci iaitu nombor. K/P yang mempunyai 12 digit.
Untuk pengetahuan,CO yang lahir sebelum tahun 1978 mempunyai dua (2) nombor kad pengenalan (No.K/P lama yang mempunyai tujuh (7) atau lapan (8) digit dan No. KPT).

Semua Penjawat Awam atau Pemilik Kompetensi (Competency Owner atau CO) yang dikenali sebagai Pegawai Yang Dinilai (PYD) boleh mengisi maklumat SKT. Pegawai kontrak yang termasuk/diambilkira di dalam  Waran Perjawatan boleh mengisi maklumat SKT.

Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia ditentukan oleh agensi sendiri yang lazimnya adalah terdiri daripada personel di Unit Prestasi Bahagian Sumber Manusia dan diberi peranan sebagai Urusetia (Performance Management Secretariat).

Sebarang bantuan dan maklumat lanjut berkaitan submodul SKT dan LNPT boleh berhubung dengan Pemilik Modul (MO) di Unit Prestasi, Sektor Aplikasi Sumber Manusia 1, Bahagian Pengurusan Maklumat  atau pihak Helpdesk HRMIS JPA melalui telefon atau e-mail yang boleh didapati dari laman web JPA.

Urusetia PPSM boleh mendapatkan semula maklumat LNPT pegawai bagi tahun-tahun terdahulu melalui menu Data Sejarah -> Penilaian Prestasi dan memasukkan tahun yang dikehendaki.

Walaubagaimana pun, urusetia PPSM perlulah mempunyai peranan sebagai pentadbir  Historical Data Administrator (Performance  Management) bagi membolehkan maklumat tersebut diperoleh.

Pentadbir Sistem di agensi akan dibekalkan Panduan/Manual Pengguna semasa sesi taklimat/demo modul yang berkenaan daripada Pemilik Modul melalui Urusetia Sektor Pembangunan dan Perhubungan Pelanggan .

Maklumat SKT tidak perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi Pemilik Kompetensi yang cuti belajar. Walaubagaimana pun, markah penilaian prestasi bagi Pemilik Kompetensi yang sedang cuti belajar perlu  dimasukkan ke dalam sistem melalui menu Penilaian Prestasi Bagi Tempoh Berkursus yang disenggara oleh Urusetia PPSM setelah mendapat maklumbalas melalui borang/secara manual dari Pensyarah IPTA berkenaan. Submodul  Pengajian  Modul Pembangunan (CDP) adalah berkaitan.

Ini kerana nama Urusetia berkenaan tidak termasuk di dalam Kumpulan Aliran Kerja Urusetia menyebabkan beliau tidak menerima pemberitahuan melalui inbox.

Urusetia boleh mengeluarkan laporan berbentuk senarai dan laporan berbentuk statistik bagi Pemilik Kompetensi yang sudah atau belum menghantar SKT melalui menu Lampiran-Lampiran Kertas Pertimbangan Panel Sumber Manusia di dalam submodul LNPT.

Sandangan perlu dilakukan ke Unit Organisasi atau Business Unit (BU) di jabatan yang baru terlebih dahulu sebelum diberi peranan dan capaian ke sistem HRMIS dan seterusnya perlu mendapatkan maklumat SKT di Unit Organisasi yang baru tersebut sebelum  boleh memasukkan SKT.

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 1 dari 3