Dimaklumkan bahawa satu cadangan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 telah dikeluarkan sebagai panduan Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012. Semua agensi dibawah Kementerian dan SUK dinasihatkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti hujung tahun (bagi Submodul Pengurusan Cuti) mengikut aturan yang telah ditetapkan. Dilampirkan dokumen berkaitan Jadual Penjanaan dan juga Langkah-langkah Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012.
Pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012
Jadual Penjanaan Akhir Tahun 2012
Panduan Amalan dan Prosedur Luar Talian Integrasi HRMIS - GFMAS
Muat TurunPermohonan untuk menghadiri Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi telah ditutup.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Dimaklumkan bahawa Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 7 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Cempaka, Aras 1,
Bangunan MKN-Embassy Techzone,Blok A,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,Cyberjaya,Sepang
Surat jemputan rasmi akan dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam jangkamasa terdekat. Disertakan juga Langkah pelaksanaan (Lampiran B) dan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2012 (Lampiran C) untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
PUAN NURUL AISHAH BINTI KARIS
(emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: 03-8316 4377)
atau
PUAN FOO SOOK FUANG
(emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: 03-8316 4026)
Adalah dinasihatkan agar semua pengguna HRMIS yang ingin memohon cuti pada bulan Disember 2011 agar dapat menghantar permohonan sebelum 2 Disember 2011. Semua pengguna juga dinasihatkan juga untuk menyemak baki cuti dan memastikan semua permohonan cuti sepanjang tahun telah diluluskan dan tidak tergantung melalui menu Penyemakan Cuti. Sekiranya semua permohonan cuti telah selesai, semua pengguna juga boleh mula membuat Permohonan GCR dan Bawa Kehadapan secara online sebelum 9 Disember 2011. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh muat turun dokumen di ruangan Aktiviti Submodul Pengurusan Cuti Pada Hujung Tahun di Portal HRMIS.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah mengeluarkan satu panduan aktiviti perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun sebagai rujukan kepada Kementerian, SUK dan Agensi.
Beberapa fungsi di dalam Submodul Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) HRMIS akan mengalami perubahan disebabkan oleh penambahbaikan yang telah dijalankan. Pohon semua pengguna untuk ...
JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN TERBUKA HRMIS TAHUN 2010 ANJURAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima sebanyak 21 permohonan latihan modul/submodul HRMIS daripada kementerian dan 7 permohonan daripada SUK melibatkan 922 orang peserta bagi Latihan Terbuka ini...