Forum HRMIS

Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Segala perbincangan, persoalan dan cadangan mengenai modul/submodul HRMIS yang telah dilaksanakan di JPA/ agensi

Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby abbas » Sat Feb 20, 2010 2:21 pm

Mulai 2010, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Sem. Malaysia (JPBD) dalam tindakan membangunkan komputer Windows secara dual-boot dengan Ubuntu kerana terbukti melalui demo pada Mesyuarat Pemandu ICT barukini bahawa pencapaian emel, attachmen mau pun surfing lebih pantas dengan Ubuntu.

Walaupun HRMIS sejak 12.2.2010 membolehkan login dengan open browser seperti Firefox, adalah diperhatikan dalam alam Windows, login dengan Firefox dapat dicapai tetapi pengurusan HRMIS tidak boleh dilakukan. Dalam alam Ubuntu pula, login dengan Firefox lansung tidak dapat dicapai.

Saya berharap langkah sewajar dapat dibuat segera untuk membolehkan pengurusan HRMIS melalui open browser seperti Firefox dalam alam Ubuntu kerana langkah ini dapat menjimatkan duit Kerajaan supaya perolehan komputer baru boleh dibuat tanpa Windows dan disalurkan untuk menambahkan pembelian komputer. :D
abbas
 
Posts: 2
Joined: Sat Feb 20, 2010 1:59 pm

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby apisznasdin » Fri Mar 12, 2010 4:51 pm

Setuju, kebergantungan kepada Internet Explorer menafikan hak kami untuk memilih.
apisznasdin
 
Posts: 6
Joined: Mon Mar 01, 2010 1:51 pm

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby rizal » Tue Apr 20, 2010 11:36 am

saya juga setuju, mungkin masanya telah tiba untuk kita membebaskan diri dari kongkongan IE...
rizal
 
Posts: 8
Joined: Wed Feb 17, 2010 8:21 am
Location: MARDI

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby azwanmohd » Thu Apr 29, 2010 1:37 pm

cuba try test avant browser . http://www.avantbrowser.com/download.html
azwanmohd
 
Posts: 3
Joined: Thu Apr 29, 2010 12:55 pm

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby apisznasdin » Wed May 12, 2010 10:14 am

azwanmohd wrote:cuba try test avant browser . http://www.avantbrowser.com/download.html


Avant browser masih menggunakan Trident layout engine seperti Internet Explorer, bukan penyelesaian kepada masalah ini dan masik browser untuk platform Windows sahaja
apisznasdin
 
Posts: 6
Joined: Mon Mar 01, 2010 1:51 pm

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby ahmad » Thu May 27, 2010 5:21 pm

Amat setuju, saya adalah salah seorang pengguna Linux (Ubuntuk Dll). Saya dapati penggunaan linux amat mudah dan cepat, jika capaian HRMIS boleh melalui Firefox di dalam Linux, mungkin lebih laju dan selesa.
ahmad
 
Posts: 10
Joined: Thu May 27, 2010 3:55 pm

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby penguin_comel » Thu Aug 26, 2010 9:58 am

siapa la pegawai yang merancang dan menentukan teknologi apa yg digunakan oleh hermis nie ..mcm sampah jee ..

dah la mahal , membazir ...pakai open source lagi hebat sistem yg digunakan , berbilion2 user boleh guna tanpa masalah ..

nie baru 1.5 juta dan mcm siput sedut je ..kadang2 langsung tak leh jalan .

:oops: :? :? :? ..amat mengecewakan ..dan membazir . pegawai yang ambil keputusan utk sistem ini patut di kenakan tindakan kerana tak buat penyelidikan dan ilmu yg cukup ...

SAMPAH ...
penguin_comel
 
Posts: 7
Joined: Thu Aug 26, 2010 9:51 am

Re: Penyesuaian HRMIS kepada pengguna open source

Postby npc_ » Thu Aug 26, 2010 11:18 am

awww... sabaq2
User avatar
npc_
 
Posts: 22
Joined: Sun Aug 01, 2010 10:20 am


Return to Perbincangan, Persoalan dan Cadangan mengenai modul/submodul HRMIS



Who is online

Users browsing this forum: No registered users

cron

User Menu

Login