Menu
RSS

Apakah peranan untuk mengakses Fungsi Tatatertib?

Peranan yang terlibat adalah Pentadbir Tatatertib Agensi.
Peranan ini diberikan kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap maklumat tatatertib di agensi.
- [1209] - Data Sejarah()
- [120910] - Pengurusan Komunikasi Dan Tatatertib Pekerja()
- [12091001] - Pengurusan Tatatertib()
- [576] -  Pentadbir Tatatertib Agensi

Kes bagaimana yang boleh direkodkan ke dalam HRMIS?

Kes-kes yang telah selesai hendaklah direkodkan ke dalam HRMIS. Walau bagaimanapun, kes-kes yang belum selesai juga digalakkan untuk direkodkan ke dalam HRMIS. Namun, Status Keseluruhan Kes akan direkodkan sebagai Belum Selesai.

Tiada jenis prosedur bagi surcaj, tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan, pegawai yang tertakluk kepada perintah tahanan, pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.

Pelaksanaan Fungsi Tatatertib kepada semua agensi bagi Tahun 2015 yang diarahkan oleh Bahagian Perkhidmatan (BK), JPA mengkhususkan kemasukan data tatatertib jenis prosedur Kes Am sahaja.
Walau bagaimana pun, input dan maklum balas dari agensi amat dialukan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Bagi perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan proses, kami perlulah berhubung dengan Bahagian Komunikasi JPA untuk sebarang penambahan maklumat yang diperlukan sebelum ia dimasukkan ke dalam sistem HRMIS.

Apakah peraturan/akta/pekeliling yang berkaitan tatatertib untuk rujukan?

Peraturan yang berkaitan tatatertib adalah seperti berikut:
- Peraturan - Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993 -  P.U.(A) 395/1993
- Peraturan - Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 -  U.(A) 396/1993
Lain-Lain Peraturan / Akta adalah seperti berikut:
- Seksyen 18 - Akta Acara Kewangan 1957
- Arahan Perbendaharaan 1970
- Akta Rahsia Rasmi 1980
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A)176/2005 Berkuat Kuasa 1.5.2005
- Perintah-Perintah Am Bab `B’, `C’, `E’, `F’ Dan `G’
- Pekeliling/ Surat Pekeliling / Surat Pekeliling Am / PKPA / Surat Edaran Dan Akta Berkaitan