Menu
RSS

Apakah peranan Pentadbir HRMIS di agensi?

Pentadbir HRMIS di agensi boleh menyelesaikan permasalahan yang berkaitan fungsi-fungsi berikut iaitu:
1) Sekuriti (cth: Penetapan Peranan, ID tidak wujud, Lupa Kata Laluan, Kata Laluan disekat)
2) Aliran Kerja (cth: Selenggara peraturan aliran kerja,kemaskini penerima dan penghantar)
3) Penyenggaraan Sistem (cth:Selenggara Jadual Rujukan, Kemaskini Data Sejarah)

Saya sebagai Pentadbir HRMIS di agensi perlu set semula kata laluan CO yang berkaitan. Walaubagaimanapun, rekod CO tersebut tidak dijumpai.

Pentadbir HRMS agensi hanya boleh set semula kata laluan CO di bawah agensi masing-masing. Status sandangan CO tersebut perlu disemak. Jika sandangan CO telah luput, pengemaskinian maklumat sandangan perlu dilakukan seperti berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Penyelenggaraan Rekod
2) Klik Profil Perkhidmatan
3) Klik Selenggara Sandangan
4) Kemaskini tarikh sandangan lampau CO
5) Klik hyperlink ID sandangan terkini CO
6) Kemaskini semula tarikh luput

Sebagai Pentadbir HRMIS, laporan peranan bagi setiap CO di agensi perlu dijana dan dibentangkan ke pihak pengurusan. Bagaimana laporan tersebut dapat dijana?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Sekuriti
2) Klik Laporan
3) Klik Laporan Peranan Mengikut Pemilik Kompetensi
4) Klik carian melalui Pemilik Kompetensi
5) Masukkan nombor kad pengenalan
6) Klik teruskan
7) Setelah hasil carian terpapar, ia boleh di simpan berdasarkan format file (*.pdf/*.xls/*.doc)

Sebagai Pentadbir, laporan bagi setiap peranan di agensi perlu dijana dan dibentangkan ke pihak pengurusan. Bagaimana laporan tersebut dapat dijana?

Pentadbir perlu menjalankan langkah berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Sekuriti
2) Klik Laporan
3) Klik Laporan Peranan Mengikut Peranan
4) Klik carian Peranan 5) Pilih peranan yang dikehendaki berdasarkan modul
6) Klik teruskan
7) Setelah hasil carian terpapar, ia boleh di simpan berdasarkan format file (*.pdf/*.xls/*.doc)

Kenapa ID pengguna tidak boleh diaktifkan?

CO berkenaan mempunyai lebih dari 2 ID yang aktif.

Kenapa CO tidak menerima e-mel pemakluman kata laluan yang di reset oleh sistem HRMIS melalui e-mel?

CO berkenaan perlu mengemaskini alamat e-mel yang tepat, dan sekiranya masih tidak menerima, perlu membuat aduan kepada pentadbir sistem di JPA.

Sekiranya CO log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang betul tetapi sistem tidak memaparkan peranan dan fungsi ?

ID CO tersebut mempunyai ralat sama ada ID yang belum diaktifkan atau sandangan CO tersebut bermasalah.Laporan perlu dilakukan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..