Menu
RSS

Sewaktu selenggara profil perkhidmatan, Tempoh Percubaan pemilik kompetensi telah dikemaskini tetapi tidak dipaparkan dalam profil perkhidmatan.

Paparan maklumat Profil Perkhidmatan hanya memaparkan nama nilai yang aktif sahaja.

Semasa membuat Sandangan Baru atau Putus Sandang, berlaku pertindihan tarikh sandangan terdahulu kerana jawatan yang disandang dahulu telah disandang oleh orang lain dalam lingkungan tarikh yang sama.

- Pentadbir Sumber Manusia diminta menyemak Buku Perkhidmatan CO yang terlibat dan pastikan maklumat tarikh yang betul semasa direkodkan.
- Apabila berlakunya pertindihan tarikh semasa melakukan aktiviti sandangan seseorang CO (sandangan baru atau putus sandang), agensi dipohon untuk menyemak maklumat sandangan CO yang bertindih itu. Sekiranya CO yang bertindih pada jawatan terdahlulu itu masih lagi di agensi yang sama, Pentadbir Sumber Manusia di agensi masih boleh melakukan pengemaskinian tarikh, seterusnya membolehkan proses sandangan baru atau putus sandang dibuat.
- Sekiranya CO yang bertindih di jawatan terdahulu itu melibatkan agensi lain, sila hantar capture skrin masalah yang berlaku ke Meja Bantuan JPA untuk dibuat pengemaskinian tarikh sandangan kerana kes-kes ini memerlukan capaian cross-agency.

Masalah sandangan bertindan

- Sekiranya tarikh tersebut silap, mohon perbetulkan mengikut tarikh sandangan dalam Buku Perkhidmatan.
- Sekiranya masalah masih belum dapat diselesai, hapus sandangan yang bertindan dan masukkan maklumat sandangan yang telah dihapuskan di menu SELENGGARA SEJARAH PERKHIDMATAN.

Masalah sandangan ada jurang tarikh

Hapus sandangan sebelum jurang tarikh dan masukkan maklumat sandangan yang telah dihapuskan di menu SELENGGARA SEJARAH PERKHIDMATAN.

Selenggara gaji CO langgar dinding

Pentadbir boleh menggunakan HRMIS2.0 untuk menyelenggara gaji CO langgar dinding tanpa mengemaskini item 25 dalam Profil Perkhidmatan yang hanya terdapat pada HRMIS Klasik.

Bagaimanakah cara untuk memutuskan sandangan (CO)?

Pentadbir Profil Perkhidmatan di agensi boleh melakukan aktiviti putus sandang dengan menjalankan langkah berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Penyelenggaraan Rekod
2) Klik Profil Perkhidmatan
3) Klik Selenggara Profil Perkhidmatan
4) Klik carian melalui Pemilik Kompetensi
5) Masukkan nombor kad pengenalan
6) Klik teruskan
7) Klik hyperlink Kemaskini Profil Pengguna
8) Sila kemaskini tarikh luput sandangan CO (sehari sebelum perlantikan baru).