Menu
RSS

Mengapa nombor akaun tidak dipaparkan semasa Pemilik Kompetensi mengemukakan permohonan pinjaman komputer?

Pemilik Kompetensi perlu mengemas kini jenis akaun kepada akaun simpanan. Sistem tidak dapat mengenal pasti jika jenis akaun adalah akaun semasa.

Apakah jenis pinjaman yang boleh dipohon melalui HRMIS?

Jenis pinjaman yang boleh dipohon melalui HRMIS ialah:
- Perumahan
- Komputer
- Kenderaan
Proses pinjaman di dalam HRMIS hanya sehingga cetakan Borang Permohonan, Surat Akuan Terima dan Surat Tawaran. Pemilik Kompetensi perlu menghantar kesemua cetakan tersebut ke Bahagian Sumber Manusia agensi.

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh memohon pinjaman seterusnya apabila pinjaman terdahulu telah selesai sedangkan mesej “Tidak Layak” dipaparkan semasa mengemukakan permohonan?

Setiap pinjaman melibatkan penghantaran dan penerimaan integrasi seperti berikut:
- Pinjaman Komputer – JPM
- Pinjaman Kenderaan – BSN
- Pinjaman Perumahan – BPP/LPPSA
Buat masa ini, Pemilik Kompetensi perlu memaklumkan kepada Pentadbir Pinjaman agensi untuk mengemas kini status pinjaman dengan menyerahkan dokumen sokongan sebagai bukti tamat tempoh pembayaran

Siapakah yang perlu mendapat peranan Pentadbir Pinjaman?

Pegawai yang menguruskan pinjaman di agensi. Contoh : Pembantu Tadbir di bahagian.

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh memantau status permohonan di HRMIS?

Pemilik Kompetensi boleh melihat status tersebut berdasarkan langkah-langkah berikut:
- Klik pada menu Pengurusan Saraan, Faedah & Ganjaran
- Klik pada submenu Pengurusan Pinjaman
- Klik pada submenu Semak Status Pinjaman
- Klik pada submenu Pemilik Kompetensi
Masukkan ID/Nama Pemilik Kompetensi

Dimanakah proses pengemaskinian status yang tergantung di dalam HRMIS?

Proses permohonan yang tidak lengkap memerlukan pengemaskinian status di fungsi Data Sejarah.

Mengapa masih perlu mencetak borang pinjaman?

Borang permohonan pinjaman masih perlu dicetak kerana ia perlu ditandatangani oleh pemohon dan pelulus sebelum proses pengeluaran bayaran dapat diteruskan.
Borang yang dicetak juga akan diperlukan untuk tujuan audit.

Mengapa masih perlu mencetak Surat Akuan Terima Pinjaman?

Ia perlu dicetak sebagai simpanan sendiri/peminjam.

Adakah log bayaran pinjaman saya direkodkan di dalam HRMIS? Jika Ya, di mana saya boleh melihatnya?

Log bayaran pinjaman direkodkan di dalam HRMIS menerusi pautan berikut :
- Fungsi à Semak Status Pinjaman
- Pemohon Pinjaman
- Klik hyperlink Pinjaman Komputer
- Klik tab Papar Jadual Pembayaran Balik Pinjaman

Bagaimana kelayakan pinjaman di dalam HRMIS dikira?

Di dalam HRMIS, kelayakan pinjaman dikira berdasarkan syarat kelayakan pinjaman yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2009 iaitu:
- Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok; dan
- Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan.
Kedua-dua syarat ini ditentukan melalui maklumat gaji asas CO yang direkodkan di Profil Perkhidmatan.

Apakah maklumat yang diperlukan untuk menggunakan sub modul pinjaman?

Maklumat yang diperlukan ialah :
1. Rekod Gaji Asas terkini
2. Maklumat sandangan (Pemohon mestilah terdiri daripada pegawai lantikan tetap)

Adakah proses pinjaman ini diintegrasikan dengan sistem di Jabatan Akauntan Negara?

Jabatan Akauntan Negara dan HRMIS JPA sedang dalam perancangan membangunkan Sistem Integrasi HRMIS-JANM menerusi projek 1GFMAS.