Menu
RSS

1. Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut:
- Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi
- Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih
- Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini
- Kategori Kad Pengenalan – perlulah berstatus SEMASA

2. Saya seorang warganegara tetapi isteri/anak/ibu/bapa bukan warganegara. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

Semasa mengemaskini maklumat Kad Pengenalan (KP), kategori bagi Jenis KP yang diisytiharkan di dalam modul Pengurusan Rekod Peribadi perlu memilih kepada Lain-lain dan Kategori KP adalah Semasa.

3. Saya mempunyai anak/ibu/ayah angkat. Bolehkah beliau mendapat kemudahan eGL? Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada JPN dan mengemaskini maklumat mereka di Pengurusan Rekod Peribadi. Status tanggungan perlu disetkan “Ya”.

4. Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan eGL. Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan eGL hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja.

5. Anak saya berumur 27 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Beliau tergolong dalam golongan istimewa (OKU). Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan sedangkan golongan ini layak untuk mendapatkan kemudahan eGL?

Mengikut Perintah Am Bab F, anak yang tergolong dalam golongan istimewa (OKU) layak mendapatkan kemudahan eGL seumur hidup dengan syarat Status Kecacatan di Pengurusan Rekod Peribadi dikemaskini.

6. Saya ke Hospital Kerajaan tetapi Petugas Kaunter masih memerlukan GL yang dicetak. Mengapa ini masih berlaku?

eGL boleh diguna pakai di semua Hospital Kerajaan. Sekiranya Petugas Kaunter enggan menggunakan eGL dan masih memerlukan GL yang dicetak, mohon membuat aduan kepada Bahagian Kewangan KKM dengan menyatakan nama petugas kaunter, tempat, tarikh dan masa (dsb) untuk siasatan pihak KKM.

7. Saya seorang pesara/tentera/ polis. Walaubagaimanapun maklumat saya tiada pada eGL di hospital.

Maklumat eGL bagi Pesara/Tentera/Polis diambil terus daripada webservis di bawah kawalan agensi yang terlibat:
Pesara – KWAP;
Polis – PDRM;
Tentera – ATM
Jika maklumat tiada pada eGL, Pemilik Kompetensi diminta berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengemaskini maklumat.

8. Bagaimana kelayakan perubatan ditentukan di Submodul Pengurusan Perubatan?

Kelayakan Perubatan ditentukan mengikut Pekeliling/Arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan. Antara Pekililing yang terlibat adalah:
- Perintah Am Bab F (Perubatan);
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 - Kemudahan Rawatan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 4 Tahun 2001 – Pelaksanaan Kemudahan Perubatan;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service);
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 – Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam.

9. Maklumat gaji saya salah di paparan eGL

Maklumat Gaji yang dipaparkan pada eGL diambil daripada:
- Gred Gaji: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
- Gaji Pokok: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
- Gred Pemangkuan: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
- Nombor Gaji: Submodul Pengurusan Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Gaji)
Jika maklumat yang dipaparkan pada eGL didapati tidak tepat, sila hubungi Pentadbir yang berkenaan di Agensi untuk mengemaskini maklumat 

10. Bolehkah logo jabatan ditukar ke logo jabatan Pemilik Kompetensi pada borang eGL?

Logo yang dipaparkan pada semua janaan eGL yang menggunakan Submodul Pengurusan Perubatan pada HRMIS adalah menggunakan Logo Jata Negara yang sama. Tiada fungsi yang disediakan untuk membolehkan pihak Agensi menukar logo berkenaan.

11. Apakah kelayakan kelas wad bagi seseorang pegawai?

Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital:
Kumpulan/ Gred                      Kelayakan Wad
Pengurusan Tertinggi            Kelas 1 Bilik Seorang
45 - 54                               Kelas 1 Bilik Seorang 
31 - 44                               Kelas 1 Bilik Berdua
21 - 30                               Kelas 1 Bilik Bertiga
1 - 20                                 Kelas 2 

12. Semasa membuat janaan eGL, mesej memaparkan “Janaan eGL tidak berjaya”. Kenapakah ini berlaku?

Janaan eGL tidak berjaya kerana maklumat Profil Perkhidmatan Pemilik Kompetensi Tidak Lengkap atau Tarikh Telah Luput. Pegawai perlu menghubungi Pentadbir HRMIS di Jabatan/Agensi untuk mengemaskini maklumat.

13. Apakah senarai hospital / klinik yang menerima eGL?

Rujuk http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/terkini/senarai-hospital.pdf

14. Tanggungan keluarga tidak dipaparkan ketika GL dijana sedangkan maklumat tanggungan telah dikemaskini di Modul Rekod Peribadi.

CO perlu mengemaskini semula maklumat tersebut dengan memastikan status pekerjaan dan kategori KP (semasa) adalah tepat.

15. Adakah EGL yang dicetak dari HRMIS oleh CO masih memerlukan tandatangan Ketua Jabatan apabila digunakan di Hospital/klinik Kerajaan?

Ya.EGL yang dicetak melalui HRMIS oleh CO masih memerlukan tandatangan Ketua Jabatan (atau wakil) dan cop Rasmi Jabatan bagi mengelakkan penipuan cetakan palsu Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL). Walau bagaimanapun, Petugas Kaunter di hospital/klinik juga mempunyai peranan untuk menjana eGL menggunakan HRMIS dan eGL tersebut menyatakan "Surat ini dikeluarkan secara elektronik melalui aplikasi HRMIS" dan tandatangan Ketua Jabatan tidak diperlukan. Semua hospital kerajaan dan sebahagian besar klinik kesihatan/pergigian kerajaan sepatutnya telah menggunakan eGL HRMIS dan tidak memerlukan surat GL secara manual (hard copy).

16. Bolehkah penurunan kuasa diberikan kepada Pegawai Penyelia yang paling hampir dengan CO untuk menandatangani eGL bagi menggantikan Ketua Jabatan?

Penurunan kuasa Ketua Jabatan untuk menandatangani surat GL kepada Pegawai Penyelia adalah bergantung kepada perlaksanaan di agensi masing-masing.

17. Adakah paparan dari aplikasi Mobile MyHRMIS (eGL) bagi menggantikan cetakan Guarantee Letter?

Ya. Fungsi aplikasi Mobile MyHRMIS (eGL) adalah untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) bagi CO sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.

18. Mengapa pihak hospital sering meminta GL secara manual daripada CO PBT?

Kelayakan perubatan penjawat awam PBT adalah sama dengan kelayakan perubatan penjawat awam Persekutuan dan bergantung kepada status lantikan. Penjawat Awam di PBT digalakkan untuk memuat turun MyHRMIS eGL dan menunjukkan kepada kakitangan Hospital sekiranya diperlukan semasa mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya penjawat awam menghadapi masalah pelaksanaan eGL semasa di hospital/klinik Kerajaan, penjawat awam tersebut boleh melaporkan masalah ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan lokasi, masa dan kaunter yang terlibat.