Menu
RSS

Laporan

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 7547

1. Keperluan laporan yang tidak dapat dijana melalui HRMIS.

Dicadangkan menggunakan ASSIST di dalam pengeluaran laporan. Sehubungan dengan itu, permohonan laporan boleh dibuat menerusi Kementerian / SUK atau jika perlukan laporan yang mengikut format, ia boleh dipohon melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Aliran Kerja

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 4107

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan biru (hyperlink) dan tulisan hitam dalam peti pesanan?

Bagi tulisan biru (hyperlink), pengguna perlu klik hyperlink tersebut dan mengambil tindakan seterusnya di dalam paparan yang dipaparkan. Seterusnya, hyperlink tersebut akan hilang daripada peti pesanan. Bagi tulisan hitam, ia hanya sekadar pemakluman dan boleh dihapuskan.

2. Beberapa item di dalam peti pesanan saya telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi. Saya telah cuba menghapuskannya, namun tidak berjaya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghapuskan item tersebut?

Item peti pesanan yang ingin dihapuskan perlu dilampirkan dan dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi tindakan seterusnya.

3. Adakah tindakan yang diambil melalui paparan menu akan menghapuskan tindakan yang sama di peti pesanan?

Ya. Sekiranya CO telah mengambil tindakan melalui paparan menu, item di dalam peti pesanan akan terhapus dan sebaliknya.

KPI

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 4558

1. Bagaimana agensi ingin memohon pengecualian Pemilik Kompetensi daripada pengiraan KPI yang telah ditetapkan JPA

Mohon Pentadbir HRMIS agensi memanjangkan permohonan tersebut ke Urus Setia KPI HRMIS JPA di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Apakah senario yang boleh dikecualikan bagi pelaksanaan penilaian LNPT melalui HRMIS?

Berikut merupakan senario dimana seseorang CO layak dikecualikan dalam penilaian LNPT melalui HRMIS. a) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 dan 4 SUK (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu; b) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 2; c) Pegawai Yang Telibat Dalam Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah; d) Cuti Belajar Bergaji Penuh; e) Cuti Belajar Separuh Gaji; f) Cuti Tanpa Gaji; g) Cuti Sakit Lanjutan; h) Lantikan baharu yang tidak cukup tempoh 6 bulan; i) Kursus jangka panjang; j) Tindakan Tatatertib – Tidak Hadir Bertugas, Dalam tempoh rayuan hukuman buang kerja; Tahan kerja dan Gantung kerja; dan k) Lain-lain kes: Mohon dimaklumkan kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk pertimbangan.

3. Bolehkah agensi memohon agar JPA mendapatkan keputusan KPI HRMIS mengikut agensi bagi sesebuah kementerian/jabatan?

TIDAK. JPA hanya membuat pengiraan KPI HRMIS bagi keseluruhan Kementerian. Sekiranya agensi memerlukan perincian bagi setiap agensi, agensi perlu mengira sendiri markah tersebut.

4. CO menyandang jawatan tetap tidak berpencen. Adakah pentadbir perlu membuat proses penamatan perkhidmatan dalam HRMIS bagi CO berkenaan?

Sekiranya pegawai tersebut merupakan pencarum KWSP, pentadbir tidak perlu melaksanakan proses penamatan perkhidmatan melalui HRMIS.

5. Apakah yang perlu dilakukan oleh agensi agar nama CO yang menyandang jawatan tetap tidak berpencen dikeluarkan dari pelaporan Sistem ASSIST di JPA?

Bagi memastikan nama CO terlibat tidak tersenarai dalam pelaporan ASSIST, agensi boleh melakukan perkara berikut: a) Mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan – ‘Status Lantikan’ kepada selain daripada ‘Lantikan Tetap’. Bagi kes CO ini mungkin boleh gunakan ‘Status Lantikan’ = ‘Lantikan Tetap Tidak Berpencen’. ATAU; b) Mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan – ‘Status Berpencen’ = ‘KWSP’. Dengan dua kaedah di atas maka CO tersebut tidak akan dipaparkan di dalam laporan KPI Penamatan Perkhidmatan ASSIST.

6. Adakah pegawai yang terlibat dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) boleh dikecualikan daripada pengisian LNPT?

YA. Pegawai perlu mengisi LNPT jika CBBP tidak melebihi enam (6) bulan (180 hari) dalam tahun yang dinilai. TIDAK. Pegawai tidak perlu mengisi LNPT jika CBBP yang melebihi enam (6) bulan (180 hari) dalam tahun yang dinilai kerana ada penilaian lain semasa belajar.

7. Adakah SKT yang berstatus “TIDAK DISAHKAN” akan menjejaskan peratusan KPI SKT agensi?

TIDAK. Rekod akan diambil kira dalam peratusan KPI SKT sekiranya rekod SKT tersebut telah dihantar oleh PYD ke PPP dan berstatus ‘DISAHKAN’ atau ‘TIDAK DISAHKAN’ oleh PPP.

8. Adakah CO yang terlibat dengan Cuti Sakit Barah boleh dikecualikan dalam perisytiharan harta melalui HRMIS?

Bagi perisytiharan harta, Bahagian Perkhidmatan (BK) hanya bersetuju pengecualian diberikan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas dan tidak dapat dihubungi. Bagi kes-kes lain, agensi perlu mengemukakan senarai beserta kes kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk dipanjangkan kepada BK bagi pertimbangan.

9. Bagaimana agensi ingin memohon agar proses persaraan yang dilaksanakan secara manual dapat dikecualikan daripada pengiraan KPI HRMIS?

Bagi tahun 2017 (sebagai contoh), pengecualian hanya akan diberikan kepada pegawai yang telah bersara dan mendapat kelulusan persaraan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan sebelum 1 Februari 2017. Pihak agensi dimohon untuk mengemukakan Surat Kelulusan Persaraan kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk pengecualian.Jika kelulusan persaraan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan diperolehi bermula 1 Februari 2017, tiada pengecualian pengiraan KPI bagi agensi terlibat.

ASSIST

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 4007

1. Apakah itu ASSIST?

ASSIST merupakan singkatan kepada Analitik Sumber Manusia Sektor Awam. ASSIST merupakan Kepintaran Bisness (Business Intelligent) untuk maklumat sumber manusia sektor awam. ASSIST menyediakan kemudahan di dalam menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar dan membuat keputusan. Analisa dan laporan boleh dipaparkan menggunakan konsep dashboard.

2. Permohonan daripada agensi untuk dipelbagaikan penjanaan laporan terperinci.

ASSIST banyak menyediakan laporan bersifat statistik. Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan yang bersifat terperinci di dalam ASSIST yang akan ditambah berdasarkan keperluan.

3. Apakah hubung kait di antara ASSIST dengan HRMIS?

ASSIST menggunakan pangkalan data HRMIS sebagai sumber data utama di dalam penyediaan data ASSIST.

4. Adakah maklumat yang dijana daripada ASSIST merupakan data real time?

TIDAK. Data yang digunakan merupakan data lewat (1-2 hari dan tidak termasuk hari cuti). Tempoh tersebut diperlukan bagi proses penyediaan data warehouse ASSIST. Tarikh data HRMIS dipaparkan di laman utama ASSIST.

5. Adakah semua agensi perlu menggunakan ASSIST?

TIDAK. Ia bergantung kepada keperluan sesebuah agensi. Secara umum, agensi yang mempunyai perjawatan yang kecil tidak memerlukan ASSIST. Penggunaan ASSIST memerlukan lesen pengguna dan ianya melibatkan kos.

6. Bolehkah agensi saya memohon untuk mendapatkan lesen pengguna ASSIST?

BOLEH. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan JPA berdasarkan keperluan dan sumber sedia ada.

7. Adakah instalasi aplikasi tertentu diperlukan untuk menggunakan ASSIST?

YA. Pengguna perlu terlebih dahulu membuat instalasi Targit Versi 2017 bagi menggunakan ASSIST. Panduan instalasi Targit Versi 2017 boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=6c4fdf6f36dc281979c251831a028d16 Manakala bagi tujuan instalasi, Targit Versi 2017 boleh diperolehi di pautan berikut : 1. TARGIT Versi 2017 (32 bit) https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=d1ac4b9cfc231689a598fd2686839438 2. TARGIT Versi 2017 (64 bit) https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=7697b4b7fb73178db921866708ff7bc0

8. Saya tidak berjaya untuk meneruskan instalasi. Terdapat ralat dipaparkan.

Kebiasaannya, instalasi tidak berjaya diteruskan disebabkan oleh: 1. Sistem operasi yang digunakan adalah kurang daripada Microsoft Windows 8; 2. Fail Microsoft.Net yang terdapat didalam sistem operasi mempunyai versi yang kurang daripada 4.6.2 Sila pastikan sistem operasi yang digunakan ialah Microsoft Windows 8 dan ke atas. Juga sila pastikan versi Microsoft.Net yang terdapat di dalam sistem operasi anda ialah 4.6.2 dan ke atas.

9. Instalasi telah berjaya namun masih tidak dapat membuat capaian ke server ASSIST. Mengapa?

Mungkin terdapat masalah pada rangkaian di jabatan/agensi tuan/puan. Sebagai makluman, port 1300 dan 1301 pada rangkaian perlu dibuka bagi membolehkan interaksi dengan server ASSIST. Sila semak dengan pentadbir rangkaian di jabatan/agensi tuan/puan. Jika masih bermasalah, mohon agensi memanjangkan butiran masalah capaian ASSIST ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tindakan selanjutnya.

10. Adakah latihan ASSIST akan diberikan kepada semua pentadbir HRMIS di agensi?

TIDAK. Latihan untuk pengguna Sistem ASSIST hanya diberikan kepada pentadbir-pentadbir HRMIS di agensi yang telah atau akan diberikan lesen penggunaan sistem.

Tuntutan

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 4011

1. Berapa lama tempoh sah Cuti Gantian yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?

Tempoh sah Cuti Gantian adalah selama enam (6) bulan setelah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Subcategories