Menu
RSS

Laporan

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 2121

Keperluan laporan yang tidak dapat dijana melalui HRMIS.

Dicadangkan menggunakan ASSIST di dalam pengeluaran laporan. Sehubungan dengan itu, permohonan laporan boleh dibuat menerusi Kementerian / SUK atau jika perlukan laporan yang mengikut format, ia boleh dipohon melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Data Perjawatan

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 4108

Bagaimana sekiranya paparan mesej "Tiada Maklumat Hubungan diantara Aktiviti Organisasi dan Unit organisasi" semasa Pentadbir ingin memaparkan Aktiviti Organisasi (BA)?

Pentadbir HRMIS perlu mengemaskini hubungan aktiviti BU BA organisasi seperti langkah berikut:
1) Selenggara Unit Organisasi:
2) Pilih BU agensi;
3) Klik hyperlink [ Selenggara Hubungan Dengan Aktiiti Organisasi ]
4) Tambahkan BA agensi yang perlu dihubungkan supaya Jawatan Sebenar boleh diwujudkan.

Bagaimanakah cara Pentadbir memansuhkan jawatan CO?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut:
1) Klik Data Perjawatan
2) Klik Jawatan sebenar
3) Klik Selenggara Jawatan Sebenar
4) Klik Cari Jawatan Sebenar
5) Masukkan kod Jawatan Sebenar / No.KP di Carian Senarai Jawatan Sebenar / Pemilik Kompetensi (Penyandang Terkini)
6) Klik Teruskan
7) Klik Hyperlink Kod Jawatan Sebenar
8) Scroll down di sebelah kanan
9) Klik hyperlink (kemaskini Status Jawatan Sebenar)
10) Klik Tambah
11) Ruangan Status - PILIH Jawatan Mansuh - Klik Simpan

Skim hakiki CO adalah W, tetapi di dalam HRMIS skim tersebut direkodkan sebagai skim N. Bagaimana ingin mengemaskini semula kepada rekod yang sebenar?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Kemaskini hubungan data perjawatan
2) Kemaskini hubungan jawatan sebenar/jawatan standard dengan klik butang cari pada ruangan klasifikasi perkhidmatan, cth : W-Kewangan
3) Klik pada jawatan yang berkenaan
4) Klik butang cari jawatan sebenar
5) Klik carian melalui Pemilik Kompetensi
6) Masukkan nombor kad pengenalan
7) Klik teruskan
8) Setelah hasil carian terpapar, klik check box nama CO
9) Klik butang HANTAR setelah maklumat selesai dimasukkan.

Bagaimana penetapan gred gaji min/max sesuatu perjawatan. Sebagai contoh AP:
i) Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Gred M41
ii) Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Gred M41/M44

i) Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41 Penyelesaian : menetapkan gred min=M41 dan gred max=M41
ii) Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41/M44 Penyelesaian : menetepkan gred min=M41 dan gred max=M44

Bagaimana penetapan gred gaji min/max sesuatu perjawatan gred TERBUKA? Sebagai contoh AP: TIMBALAN PENGARAH, GRED 54

Menetapkan gred min=Gred 54 dan gred max=Gred 54 pada AP tersebut.

Bagaimana MANSUH Aktiviti Organisasi (BA) / Unit Organisasi (BU)?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Aktiviti Organisasi/ Unit Organisasi
2) Selenggara BA/BU
3) Klik Butang Kemaskini
4) Kemaskini Status BA/BU
5) Klik Tambah
6) Tambah Status MANSUH
7) Klik Hantar.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum jawatan sebenar dimansuhkan?

Sebelum memansuhkan sesuatu jawatan sebenar, CO di jawatan tersebut perlu diputuskan sandangan terlebih dahulu.

Apakah yang perlu dilakukan apabila waran perjawatan telah diterima oleh agensi?

Apabila agensi menerima waran perjawatan baru, pastikan BA/BU diwujudkan di dalam HRMIS terlebih dahulu agar Agensi Pusat boleh mendaftarkan waran tersebut di dalam HRMIS. Setelah itu, barulah agensi boleh mewujudkan jawatan sebenar berdasarkan waran.

Apakah yang perlu dilakukan jika tersilap mansuh jawatan sebenar?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan bagi mengaktifkan semula rekod yang telah termansuh:
1) Jawatan sebenar
2) Selenggara Jawatan Sebenar
3) Melalui Jawatan Sebenar
4) Masukkan Kod Jawatan Sebenar dan pilih Kategori status jawatan = Mansuh.
5) Teruskan. Klik hyperlink jaw. sebenar >
6) Pilih hyperlink [ Kemaskini Status Kekosongan Hakiki]
7) Tambah status lantikan tetap dan tarikh luput 9999-12-31
8) Simpan
9) Hapus status mansuh sedia ada dan status lantikan tetap yang telah tamat tempoh.

Apakah yang perlu dilakukan jika ingin hapus Jawatan sebenar?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Selenggara Jawatan sebenar
2) Klik butang Cari jawatan sebenar
3) Melalui Carian Hierarki : (cari Jawatan Sebenar yang ingin di MANSUH)
4) [Kemaskini Status Jawatan Sebenar]
5) Tambah status MANSUH
6) Klik Hantar.

Nama CO tidak dipaparkan pada Unit Organisasi (BU).

Status ID sandangan CO telah luput. Pengemaskinian tarikh sandangan perlu dilakukan oleh Pentadbir Profil Perkhidmatan di agensi.

Bagaimana jika Jawatan Standard tiada dalam senarai Jawatan Standard?

Sila pastikan Skim jawatan tersebut dalam Kumpulan Perkhidmatan yang betul. Contohnya dalam Kumpulan Perkhidmatan Sokongan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Bagaimana jika semasa mewujudkan Jawatan Sebenar, tiada kategori untuk memasukkan maklumat Pembekal Kader?

Maklumat pembekal Kader adalah tertera pada butiran keterangan dalam waran. Jika tiada dalam senarai, sila hantarkan hantarkan keratan butiran untuk dikemaskini oleh Pentadbir Modul Data Perjawatan HRMIS di JPA.

Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan Skim dan Jawatan kepada perkhdimatan CO?

Pentadbir HRMIS Agensi perlu melaksanakan konsep Wujud Mansuh kepada Jawatan Sebenar CO mengikut perkhidmatan terkini. Konsep Kemaskini Hubungan Data Perjawatan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN bagi kes seperti ini.

Bolehkan Pentadbir HRMIS Agensi menggunakan Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan sekiranya tersilap wujudkan Jawatan Standard CO?

Ya. Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa mewujudkan jawatan standard sahaja.

MBJ

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 3472

Mengapa saya tidak boleh menggunakan sub modul MBJ di HRMIS one/Klasik?

Untuk makluman, sub modul MBJ ini adalah modul yang telah ditambah baik dan berbeza daripada sub modul MBJ yang dahulu. Oleh hal demikian, sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS 2.0 sahaja.

Apakah penetapan tugas (peranan) yang perlu diberikan?

PENETAPAN TUGAS:
- [06] Pengurusan Komunikasi & Tatatertib Pekerja (ECBM)
- [0601] Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja (MER)
- [268] MBJ Secretariat (Agency Level) – Perlu diberikan kepada Setiausaha Pihak Pegawai /Urus setia MBJ Agensi
- [12] Pentadbiran Sistem (SA)
- [1202] Aliran Kerja (WF)
- [110] Workflow Administrator (MER) : Perlu diberikan kepada Pentadbir Sistem Agensi

Apakah aliran kerja yang perlu diselenggarakan?

PENETAPAN ALIRAN KERJA :
- MER-030 : Penghantaran Pindaan Perlembagaan MBJ
- MER-042 : Penghantaran Maklumat Mesyuarat Untuk Pengesahan Penerimaan
- MER-044 : Penghantaran Maklumat Tarikh Perancangan Mesyuarat MBJ Agensi

Bagaimana untuk mengemaskini rekod MBJ agensi seperti nama MBJ dan nombor pendaftaran?

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi perlu membuat pengesahan nama MBJ dan Nombor Pendaftaran MBJ kepada Bahagian Saraan, JPA terlebih dahulu. Selepas itu, urus setia perlu menghantar maklumat MBJ yang disahkan tersebut melalui Meja Bantuan JPA bagi tujuan pengemaskinian maklumat tersebut di dalam HRMIS.

Bagaimana ingin mewujudkan nama MBJ baru bagi agensi?

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi masih perlu membuat permohonan Penubuhan MBJ secara manual kepada kepada Bahagian Saraan, JPA. Mohon menghubungi Pegawai di Sektor KM3 ( Puan Zainah Binti Taib dan Encik Abd Samat Bin Mohd )

Mengapa pada Fungsi Mesyuarat, ruangan Semakan Setiausaha MBJ kabur dan menyebabkan penghantaran minit mesyuarat tidak boleh dilakukan?

Untuk makluman, hanya Setiausaha Pegawai sahaja yang boleh melakukan proses semakan dan klik butang hantar di Tab Semakan Setiausaha tersebut. Sekiranya urus setia atau pegawai lain yang login, ruangan tersebut akan kabur (disable). Mohon memaklumkan kepada Setiausaha Pegawai supaya membuat tindakan tersebut.

Bagaimana Setiausaha Pekerja membuat pengesahan Minit Mesyuarat MBJ?

Setiausaha Pekerja boleh membuat pengesahan Minit Mesyuarat tersebut melalui Peti Pesanan. Pastikan nama Setiausaha Pekerja tersebut telah dikemaskini terlebih dahulu di dalam Fungsi Pentadbiran > Kemas Kini Ahli.

Sekuriti

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 3605

Apakah peranan Pentadbir HRMIS di agensi?

Pentadbir HRMIS di agensi boleh menyelesaikan permasalahan yang berkaitan fungsi-fungsi berikut iaitu:
1) Sekuriti (cth: Penetapan Peranan, ID tidak wujud, Lupa Kata Laluan, Kata Laluan disekat)
2) Aliran Kerja (cth: Selenggara peraturan aliran kerja,kemaskini penerima dan penghantar)
3) Penyenggaraan Sistem (cth:Selenggara Jadual Rujukan, Kemaskini Data Sejarah)

Saya sebagai Pentadbir HRMIS di agensi perlu set semula kata laluan CO yang berkaitan. Walaubagaimanapun, rekod CO tersebut tidak dijumpai.

Pentadbir HRMS agensi hanya boleh set semula kata laluan CO di bawah agensi masing-masing. Status sandangan CO tersebut perlu disemak. Jika sandangan CO telah luput, pengemaskinian maklumat sandangan perlu dilakukan seperti berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Penyelenggaraan Rekod
2) Klik Profil Perkhidmatan
3) Klik Selenggara Sandangan
4) Kemaskini tarikh sandangan lampau CO
5) Klik hyperlink ID sandangan terkini CO
6) Kemaskini semula tarikh luput

Sebagai Pentadbir HRMIS, laporan peranan bagi setiap CO di agensi perlu dijana dan dibentangkan ke pihak pengurusan. Bagaimana laporan tersebut dapat dijana?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Sekuriti
2) Klik Laporan
3) Klik Laporan Peranan Mengikut Pemilik Kompetensi
4) Klik carian melalui Pemilik Kompetensi
5) Masukkan nombor kad pengenalan
6) Klik teruskan
7) Setelah hasil carian terpapar, ia boleh di simpan berdasarkan format file (*.pdf/*.xls/*.doc)

Sebagai Pentadbir, laporan bagi setiap peranan di agensi perlu dijana dan dibentangkan ke pihak pengurusan. Bagaimana laporan tersebut dapat dijana?

Pentadbir perlu menjalankan langkah berikut di menu Pentadbiran Sistem:
1) Klik Sekuriti
2) Klik Laporan
3) Klik Laporan Peranan Mengikut Peranan
4) Klik carian Peranan 5) Pilih peranan yang dikehendaki berdasarkan modul
6) Klik teruskan
7) Setelah hasil carian terpapar, ia boleh di simpan berdasarkan format file (*.pdf/*.xls/*.doc)

Kenapa ID pengguna tidak boleh diaktifkan?

CO berkenaan mempunyai lebih dari 2 ID yang aktif.

Kenapa CO tidak menerima e-mel pemakluman kata laluan yang di reset oleh sistem HRMIS melalui e-mel?

CO berkenaan perlu mengemaskini alamat e-mel yang tepat, dan sekiranya masih tidak menerima, perlu membuat aduan kepada pentadbir sistem di JPA.

Sekiranya CO log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang betul tetapi sistem tidak memaparkan peranan dan fungsi ?

ID CO tersebut mempunyai ralat sama ada ID yang belum diaktifkan atau sandangan CO tersebut bermasalah.Laporan perlu dilakukan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sebagai Pentadbir HRMIS di agensi perlu memberikan peranan kepada CO yang berkaitan. Walaubagaimanapun, rekod CO tersebut tidak dijumpai.

Pentadbir HRMS agensi hanya boleh set semula kata laluan CO di bawah agensi masing-masing. Status sandangan CO tersebut perlu disemak. Jika sandangan CO telah luput, pengemaskinian maklumat sandangan perlu dilakukan seperti berikut di menu Pentadbiran Sistem:
i. Klik Penyelenggaraan Rekod
ii. Klik Profil Perkhidmatan
iii. Klik Selenggara Sandangan
iv. Kemaskini tarikh sandangan lampau CO
v. Klik hyperlink ID sandangan terkini CO
vi. Kemaskini semula tarikh luput

Pembangunan Kompetensi

  • Written by Pentadbir Sistem
  • Category: Soalan Lazim
  • Hits: 3478

Kenapa saya tidak boleh membuka sub modul Program Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0?

Sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS One / Klasik sahaja.

Apakah penetapan tugas (Peranan) yang perlu diberikan supaya Pentadbir di agensi boleh memasukkan maklumat kursus/ latihan di Data Sejarah?

Penetapan tugas (Peranan) yang dimaksudkan adalah Pentadbir Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi.

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh mengemaskini maklumat kursus di Modul Rekod Peribadi > Papar Rekod Peribadi > Tab Kursus?

Pemilik Kompetensi perlu menghantar salinan sijil kepada Pentadbir Kursus supaya beliau boleh memasukkan maklumat kursus tersebut di Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Program Pembangunan Kompetensi > Selenggara Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi

Subcategories