Menu
RSS

Apakah objektif Modul Penamatan Perkhidmatan?

- Memudahkan urusan peralihan keluar Pemilik Kompetensi dari perkhidmatan Kerajaan dilaksanakan secara dalam talian; dan
- Menyediakan maklumat untuk memahami dan menilai pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam.

Apakah pra syarat pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan?

Melengkapkan DATA ASAS di modul/submodul berikut dengan TEPAT dan BETUL:
- Modul Pengurusan Rekod Peribadi
- Modul Profil Perkhidmatan
- Modul Data Perjawatan
- Modul Pembangunan
- Submodul Pengurusan Cuti
- Submodul Pengurusan Tatatertib
- Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)
- Submodul Pengurusan Pinjaman

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Pengurusan Rekod Peribadi?

- Maklumat Keluarga
- Nombor KWSP
- Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Semasa
- Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Dahulu
- Nama
- Jantina
- Bangsa
- Keturunan
- Agama
- Gelaran
- Tarikh Lahir
- Taraf Perkahwinan
- Tarikh Kematian Ahli Keluarga (mana yang berkaitan)

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di SubModul Profil Perkhidmatan?

- Skim Perkhidmatan
- Jenis Perkhidmatan
- Jawatan Akhir
- Kumpulan Perkhidmatan
- Status Lantikan Pertama
- Tarikh Lantikan Pertama
- Tarikh Disahkan Lantikan Pertama
- Tarikh Lantikan Akhir
- Tarikh Disahkan Lantikan Akhir
- Gred Gaji Akhir
- Gaji Akhir
- Tangga Gaji Akhir
- Tarikh Mula Perkhidmatan
- Tarikh Akhir Perkhidmatan

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Data Perjawatan?

- Alamat Tempat Kerja 1
- Alamat Tempat Kerja 2
- Alamat Tempat Kerja 3
- Poskod Tempat Kerja
- Bandar Tempat Kerja
- Negeri Tempat Kerja
- Negara Tempat Kerja Kumpulan Agensi

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Cuti?

- Maklumat Sejarah Cuti
- Maklumat Gantian Cuti Rehat (GCR)

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Tatatertib?

- Status Bankrap
- Status Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Status Bebas dari Tindakan Mahkamah

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Saraan?

- Skim Gaji
- Gred Gaji Akhir
- Tangga Gaji
- Gaji Akhir

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)?

- Imbuhan Tetap Khidmat Awam
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Imbuhan Tetap Keraian
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas
- Elaun Berpencen

Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Pinjaman?

- Kod Potongan
- Nombor Akaun Hutang
- Nombor Rujukan Fail
- Jumlah Hutang
- Jumlah Potongan Bulanan

Siapakah yang boleh menggunakan modul ini?

Penjawat awam yang hendak menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan dan pegawai sumber manusia yang menguruskan hal ehwal penamatan perkhidmatan

Apakah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Modul Penamatan Perkhidmatan?

Terdapat 6 fungsi utama didalam Modul Penamatan Perkhidmatan iaitu:
- Fungsi Persaraan Paksa
- Fungsi Persaraan Sukarela
- Fungsi Merekod Maklumat Kematian
- Fungsi Pencantuman Perkhidmatan Lepas
- Fungsi Maklumat Asas Bakal Pesara
- Fungsi Melaksanakan Penamatan Perkhidmatan

Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara sukarela?

Penamatan perkhidmatan sukarela bermaksud pemilik kompetensi boleh menamatkan perkhidmatan secara sukarela

Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara paksa?

Penamatan Perkhidmatan secara paksa bermaksud seseorang pemilik kompetensi perlu meninggalkan perkhidmatan awam atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam Akta Pencen 1980

Saya hendak memohon persaraan pilihan sendiri. Bila saya klik pull-down menu untuk membuat pilihan, hanya ada pilihan peletakan jawatan sahaja yang dipaparkan?

Pull-down menu bagi permohonan persaraan pilihan tidak memaparkan ‘Persaraan Pilihan Sendiri’ kerana pemohon tidak memenuhi salah satu syarat berikut:
- Perlu berumur 40 tahun atau lebih;
- Telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan
- Mengambil skim pencen.

Gambar tidak dipaparkan semasa hendak mencetak borang JPA.BP.HRMIS01 walaupun semasa membuka paparan boring, gambar tersebut ada?

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Rekod Peribadi perlu memuat naik gambar bersaiz kurang 204K di modul Pengurusan Rekod Peribadi untuk membolehkan imej ditukar ke format PDF.

Saya hendak membuat pengesahan sumber logistik pemilik kompetensi yang akan menamatkan perkhidmatan tetapi tiada maklumat logistik di dalam UI berkenaan?

Maklumat sumber logistik di ambil dari Jawatan Sebenar (AP) pemilik kompetensi berkenaan. Pentadbir Data Perjawatan perlu mengemaskini maklumat sumber logistik tersebut dalam Modul Data Perjawatan.

Bolehkah saya membatalkan permohonan Persaraan Pilihan yang belum disahkan di dalam sistem?

Boleh. Untuk membatalkan permohonan Persaraan Pilihan, pemilik kompetensi perlu ke menu Penamatan Perkhidmatan Sukarela > Memohon Penamatan Perkhidmatan > Tab Membatalkan Permohonan Penamatan Perkhidmatan.

Bolehkah saya membatalkan permohonan Persaraan Pilihan yang telah disahkan di dalam sistem?

Pembatalan permohonan yang telah disahkan hanya dapat dilakukan oleh pihak JPA, mohon berhubung terus melalui Meja Bantuan JPA.

Saya memilih skim KWSP dan ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal. Bagaimanakah proses penamatan saya ini dapat dilaksanakan melalui HRMIS?

Bakal pesara yang memilih skim KWSP tidak layak untuk diproses melalui HRMIS.

Saya telah klik ‘Hantar’ untuk permohonan persaraan namun ia tidak dipaparkan di dalam inbox Penyokong / Pengesah / Pelulus / Pentadbir untuk proses seterusnya?

Pentadbir Aliran Kerja perlu menyemak aliran kerja di Menu Menjejaki Aliran Kerja. Sekiranya aliran kerja adalah salah, Pentadbir Aliran Kerja perlu memajukan permohonan itu kepada penerima yang betul melalui Menu “Memantau Senarai Transaksi”. Pentadbir Aliran Kerja perlu set semula aliran kerja dengan betul.

Saya telah menghantar permohonan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan tetapi masih belum dicetak. Bagaimana cara untuk saya mencetak borang-borang yang telah dihantar?

Mohon Pentadbir Penamatan Perkhidmatan untuk kembali ke Menu “Notis ke Pasca Perkhidmatan” untuk mencetak borang-borang yang berkaitan.

Bagaimana saya hendak menyemak permohonan yang telah Berjaya dihantar ke POWER?

- Pentadbir Integrasi perlu menyemak status penghantaran di Modul Pentadbiran Sistem > Menu Integrasi > Penamatan Perkhidmatan > Status Penghantaran
- Pentadbir Penamatan Perkhidmatan boleh menyemak di Menu Notis ke Pasca Perkhidmatan – Mesej Berjaya diHantar ke POWER akan dipaparkan di dalam Hyperlink ke Integrasi

Kenapa Pentadbir tidak dapat selenggara umur bersara apabila mesej ‘Tiada rekod ditemui’ dipaparkan

- Pemilik Kompetensi tidak mengemaskini maklumat tarikh lahir di Modul Pengurusan Rekod Peribadi
- Mohon membuat carian Unit Organisasi (BU) Pemilik Kompetensi dengan tepat di Menu Selenggara Umur Bersara
- Pastikan maklumat profil perkhidmatan adalah betul dan lengkap

Apa perlu saya buat jika mesej ‘Penerima tiada kelapangan’ dipaparkan apabila saya ‘Hantar’ permohonan?

Pentadbir Aliran Kerja perlu menyemak dan mengemaskini aliran kerja proses yang berkenaan

Kenapa rekod pesara tidak ditemui setelah selesai kemas kini di Menu Pemberitahuan Persaraan Penamatan Perkhidmatan?

Sila klik tab ‘Draf Penamatan Perkhidmatan’. Pentadbir akan dapati rekod pesara berada di situ.

Kenapa mesej ‘Anda tidak layak memohon persaraan pilihan’ dipaparkan apabila saya memilih Menu Memohon Persaraan Pilihan?

Antara sebab-sebab yang mungkin:
- Tidak selenggara umur bersara
- Tempoh perkhidmatan tidak cukup 10 tahun
- Profil perkhidmatan tidak lengkap

Bagaimana hendak cetak Borang Penamatan Perkhidmatan Kematian yang telah dihantar ke POWER?

Mohon pentadbir sandangan mengemaskini semula tarikh luput sandangan CO ke 31/12/9999. Sila kemaskini semula tarikh setelah proses cetak borang telah dilakukan.

Mohon batalkan persaraan pilihan CO

CO yang hendak bersara pilihan perlu melaksanakan sendiri pembatalan di Menu Penamatan Perkhidmatan > Penamatan Perkhidmatan Sukarela > (Tab: Membatalkan Pemohonan Persaraan Pilihan)

Tiada butang HANTAR di menu maklumat persaraan untuk integrasi

Data CO tidak lengkap. Mohon mengemaskini maklumat yang diperlukan semasa proses penghantaran persaraan untuk integrasi. Maklumat boleh disemak pada borang yang dipaparkan. Maklumat yang tidak lengkap akan ditulis dengan tulisan berwarna hijau. Setelah kesemua maklumat yang diperlukan telah LENGKAP, butang HANTAR akan muncul secara automatik kerana ianya adalah terkawal berdasarkan maklumat-maklumat penting yang perlu dihantar.

Tidak boleh papar untuk cetak Borang HRMIS01?

Mohon kemaskini semula gambar CO dengan menggunakan format yang dicadangkan di menu Rekod Peribadi

Kenapa tiada lookup Pencen Pilihan?

CO belum cukup syarat untuk bersara. Jika CO telah cukup syarat tetapi paparan lookup masih tiada, sila semak maklumat di profil perkhidmatan CO iaitu maklumat Status Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pemilik Kompetensi. Ia mestilah tarikh pengesahan lantikan pertama sahaja yang perlu dicatatkan disini.

Apakah senarai bank yang diiktiraf oleh Bahagian Pasca?

- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad 
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad

Bilakah CO boleh memohon bersara secara pilihan?

CO boleh memohon bersara pilihan apabila mencapai umur 40 tahun.