Logo

1. Bagaimana agensi ingin memohon pengecualian Pemilik Kompetensi daripada pengiraan KPI yang telah ditetapkan JPA

Mohon Pentadbir HRMIS agensi memanjangkan permohonan tersebut ke Urus Setia KPI HRMIS JPA di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Apakah senario yang boleh dikecualikan bagi pelaksanaan penilaian LNPT melalui HRMIS?

Berikut merupakan senario dimana seseorang CO layak dikecualikan dalam penilaian LNPT melalui HRMIS. a) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 dan 4 SUK (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu; b) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 2; c) Pegawai Yang Telibat Dalam Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah; d) Cuti Belajar Bergaji Penuh; e) Cuti Belajar Separuh Gaji; f) Cuti Tanpa Gaji; g) Cuti Sakit Lanjutan; h) Lantikan baharu yang tidak cukup tempoh 6 bulan; i) Kursus jangka panjang; j) Tindakan Tatatertib – Tidak Hadir Bertugas, Dalam tempoh rayuan hukuman buang kerja; Tahan kerja dan Gantung kerja; dan k) Lain-lain kes: Mohon dimaklumkan kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk pertimbangan.

3. Bolehkah agensi memohon agar JPA mendapatkan keputusan KPI HRMIS mengikut agensi bagi sesebuah kementerian/jabatan?

TIDAK. JPA hanya membuat pengiraan KPI HRMIS bagi keseluruhan Kementerian. Sekiranya agensi memerlukan perincian bagi setiap agensi, agensi perlu mengira sendiri markah tersebut.

4. CO menyandang jawatan tetap tidak berpencen. Adakah pentadbir perlu membuat proses penamatan perkhidmatan dalam HRMIS bagi CO berkenaan?

Sekiranya pegawai tersebut merupakan pencarum KWSP, pentadbir tidak perlu melaksanakan proses penamatan perkhidmatan melalui HRMIS.

5. Apakah yang perlu dilakukan oleh agensi agar nama CO yang menyandang jawatan tetap tidak berpencen dikeluarkan dari pelaporan Sistem ASSIST di JPA?

Bagi memastikan nama CO terlibat tidak tersenarai dalam pelaporan ASSIST, agensi boleh melakukan perkara berikut: a) Mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan – ‘Status Lantikan’ kepada selain daripada ‘Lantikan Tetap’. Bagi kes CO ini mungkin boleh gunakan ‘Status Lantikan’ = ‘Lantikan Tetap Tidak Berpencen’. ATAU; b) Mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan – ‘Status Berpencen’ = ‘KWSP’. Dengan dua kaedah di atas maka CO tersebut tidak akan dipaparkan di dalam laporan KPI Penamatan Perkhidmatan ASSIST.

6. Adakah pegawai yang terlibat dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) boleh dikecualikan daripada pengisian LNPT?

YA. Pegawai perlu mengisi LNPT jika CBBP tidak melebihi enam (6) bulan (180 hari) dalam tahun yang dinilai. TIDAK. Pegawai tidak perlu mengisi LNPT jika CBBP yang melebihi enam (6) bulan (180 hari) dalam tahun yang dinilai kerana ada penilaian lain semasa belajar.

7. Adakah SKT yang berstatus “TIDAK DISAHKAN” akan menjejaskan peratusan KPI SKT agensi?

TIDAK. Rekod akan diambil kira dalam peratusan KPI SKT sekiranya rekod SKT tersebut telah dihantar oleh PYD ke PPP dan berstatus ‘DISAHKAN’ atau ‘TIDAK DISAHKAN’ oleh PPP.

8. Adakah CO yang terlibat dengan Cuti Sakit Barah boleh dikecualikan dalam perisytiharan harta melalui HRMIS?

Bagi perisytiharan harta, Bahagian Perkhidmatan (BK) hanya bersetuju pengecualian diberikan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas dan tidak dapat dihubungi. Bagi kes-kes lain, agensi perlu mengemukakan senarai beserta kes kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk dipanjangkan kepada BK bagi pertimbangan.

9. Bagaimana agensi ingin memohon agar proses persaraan yang dilaksanakan secara manual dapat dikecualikan daripada pengiraan KPI HRMIS?

Bagi tahun 2017 (sebagai contoh), pengecualian hanya akan diberikan kepada pegawai yang telah bersara dan mendapat kelulusan persaraan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan sebelum 1 Februari 2017. Pihak agensi dimohon untuk mengemukakan Surat Kelulusan Persaraan kepada Urus Setia KPI HRMIS JPA untuk pengecualian.Jika kelulusan persaraan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan diperolehi bermula 1 Februari 2017, tiada pengecualian pengiraan KPI bagi agensi terlibat.

Hak Cipta SPM.BPM.JPA © 2017 | Portal Rasmi HRMIS