Menu
RSS

1. Bagaimana sekiranya paparan mesej "Tiada Maklumat Hubungan diantara Aktiviti Organisasi dan Unit organisasi" semasa Pentadbir ingin memaparkan Aktiviti Organisasi (BA)?

Pentadbir HRMIS perlu mengemaskini hubungan aktiviti BU BA organisasi seperti langkah berikut:
1) Selenggara Unit Organisasi:
2) Pilih BU agensi;
3) Klik hyperlink [ Selenggara Hubungan Dengan Aktiiti Organisasi ]
4) Tambahkan BA agensi yang perlu dihubungkan supaya Jawatan Sebenar boleh diwujudkan.

2. Bagaimanakah cara Pentadbir memansuhkan jawatan CO?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut:
1) Klik Data Perjawatan
2) Klik Jawatan sebenar
3) Klik Selenggara Jawatan Sebenar
4) Klik Cari Jawatan Sebenar
5) Masukkan kod Jawatan Sebenar / No.KP di Carian Senarai Jawatan Sebenar / Pemilik Kompetensi (Penyandang Terkini)
6) Klik Teruskan
7) Klik Hyperlink Kod Jawatan Sebenar
8) Scroll down di sebelah kanan
9) Klik hyperlink (kemaskini Status Jawatan Sebenar)
10) Klik Tambah
11) Ruangan Status - PILIH Jawatan Mansuh - Klik Simpan

3. Skim hakiki CO adalah W, tetapi di dalam HRMIS skim tersebut direkodkan sebagai skim N. Bagaimana ingin mengemaskini semula kepada rekod yang sebenar?

Pentadbir HRMIS perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Kemaskini hubungan data perjawatan
2) Kemaskini hubungan jawatan sebenar/jawatan standard dengan klik butang cari pada ruangan klasifikasi perkhidmatan, cth : W-Kewangan
3) Klik pada jawatan yang berkenaan
4) Klik butang cari jawatan sebenar
5) Klik carian melalui Pemilik Kompetensi
6) Masukkan nombor kad pengenalan
7) Klik teruskan
8) Setelah hasil carian terpapar, klik check box nama CO
9) Klik butang HANTAR setelah maklumat selesai dimasukkan.

4. Bagaimana penetapan gred gaji min/max sesuatu perjawatan. Sebagai contoh AP:
i) Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Gred M41
ii) Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Gred M41/M44

i) Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41 Penyelesaian : menetapkan gred min=M41 dan gred max=M41
ii) Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41/M44 Penyelesaian : menetepkan gred min=M41 dan gred max=M44

5. Bagaimana penetapan gred gaji min/max sesuatu perjawatan gred TERBUKA? Sebagai contoh AP: TIMBALAN PENGARAH, GRED 54

Menetapkan gred min=Gred 54 dan gred max=Gred 54 pada AP tersebut.

6. Bagaimana MANSUH Aktiviti Organisasi (BA) / Unit Organisasi (BU)?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Aktiviti Organisasi/ Unit Organisasi
2) Selenggara BA/BU
3) Klik Butang Kemaskini
4) Kemaskini Status BA/BU
5) Klik Tambah
6) Tambah Status MANSUH
7) Klik Hantar.

7. Apakah yang perlu dilakukan sebelum jawatan sebenar dimansuhkan?

Sebelum memansuhkan sesuatu jawatan sebenar, CO di jawatan tersebut perlu diputuskan sandangan terlebih dahulu.

8. Apakah yang perlu dilakukan apabila waran perjawatan telah diterima oleh agensi?

Apabila agensi menerima waran perjawatan baru, pastikan BA/BU diwujudkan di dalam HRMIS terlebih dahulu agar Agensi Pusat boleh mendaftarkan waran tersebut di dalam HRMIS. Setelah itu, barulah agensi boleh mewujudkan jawatan sebenar berdasarkan waran.

9. Apakah yang perlu dilakukan jika tersilap mansuh jawatan sebenar?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan bagi mengaktifkan semula rekod yang telah termansuh:
1) Jawatan sebenar
2) Selenggara Jawatan Sebenar
3) Melalui Jawatan Sebenar
4) Masukkan Kod Jawatan Sebenar dan pilih Kategori status jawatan = Mansuh.
5) Teruskan. Klik hyperlink jaw. sebenar >
6) Pilih hyperlink [ Kemaskini Status Kekosongan Hakiki]
7) Tambah status lantikan tetap dan tarikh luput 9999-12-31
8) Simpan
9) Hapus status mansuh sedia ada dan status lantikan tetap yang telah tamat tempoh.

10. Apakah yang perlu dilakukan jika ingin hapus Jawatan sebenar?

Pentadbir Data Perjawatan perlu menjalankan langkah berikut di menu Data Perjawatan:
1) Selenggara Jawatan sebenar
2) Klik butang Cari jawatan sebenar
3) Melalui Carian Hierarki : (cari Jawatan Sebenar yang ingin di MANSUH)
4) [Kemaskini Status Jawatan Sebenar]
5) Tambah status MANSUH
6) Klik Hantar.

11. Nama CO tidak dipaparkan pada Unit Organisasi (BU).

Status ID sandangan CO telah luput. Pengemaskinian tarikh sandangan perlu dilakukan oleh Pentadbir Profil Perkhidmatan di agensi.

12. Bagaimana jika Jawatan Standard tiada dalam senarai Jawatan Standard?

Sila pastikan Skim jawatan tersebut dalam Kumpulan Perkhidmatan yang betul. Contohnya dalam Kumpulan Perkhidmatan Sokongan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Skim Perkhidmatan Bersepadu.

13. Bagaimana jika semasa mewujudkan Jawatan Sebenar, tiada kategori untuk memasukkan maklumat Pembekal Kader?

Maklumat pembekal Kader adalah tertera pada butiran keterangan dalam waran. Jika tiada dalam senarai, sila hantarkan hantarkan keratan butiran untuk dikemaskini oleh Pentadbir Modul Data Perjawatan HRMIS di JPA.

14. Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan Skim dan Jawatan kepada perkhdimatan CO?

Pentadbir HRMIS Agensi perlu melaksanakan konsep Wujud Mansuh kepada Jawatan Sebenar CO mengikut perkhidmatan terkini. Konsep Kemaskini Hubungan Data Perjawatan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN bagi kes seperti ini.

15. Bolehkan Pentadbir HRMIS Agensi menggunakan Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan sekiranya tersilap wujudkan Jawatan Standard CO?

Ya. Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa mewujudkan jawatan standard sahaja.

16. Mengapa Laporan Perjawatan memaparkan gred CO mengikut waran perjawatan tetapi bukan gred CO sahaja?

Laporan perjawatan adalah mengikut gred jawatan bukan gred CO. Sehubungan dengan itu, mohon Agensi tidak membuat sandangan CO yang gred berbeza terhadap jawatan tersebut.