Menu
RSS

1. Apakah itu ASSIST?

ASSIST merupakan singkatan kepada Analitik Sumber Manusia Sektor Awam. ASSIST merupakan Kepintaran Bisness (Business Intelligent) untuk maklumat sumber manusia sektor awam. ASSIST menyediakan kemudahan di dalam menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar dan membuat keputusan. Analisa dan laporan boleh dipaparkan menggunakan konsep dashboard.

2. Permohonan daripada agensi untuk dipelbagaikan penjanaan laporan terperinci.

ASSIST banyak menyediakan laporan bersifat statistik. Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan yang bersifat terperinci di dalam ASSIST yang akan ditambah berdasarkan keperluan.

3. Apakah hubung kait di antara ASSIST dengan HRMIS?

ASSIST menggunakan pangkalan data HRMIS sebagai sumber data utama di dalam penyediaan data ASSIST.

4. Adakah maklumat yang dijana daripada ASSIST merupakan data real time?

TIDAK. Data yang digunakan merupakan data lewat (1-2 hari dan tidak termasuk hari cuti). Tempoh tersebut diperlukan bagi proses penyediaan data warehouse ASSIST. Tarikh data HRMIS dipaparkan di laman utama ASSIST.

5. Adakah semua agensi perlu menggunakan ASSIST?

TIDAK. Ia bergantung kepada keperluan sesebuah agensi. Secara umum, agensi yang mempunyai perjawatan yang kecil tidak memerlukan ASSIST. Penggunaan ASSIST memerlukan lesen pengguna dan ianya melibatkan kos.

6. Bolehkah agensi saya memohon untuk mendapatkan lesen pengguna ASSIST?

BOLEH. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan JPA berdasarkan keperluan dan sumber sedia ada.

7. Adakah instalasi aplikasi tertentu diperlukan untuk menggunakan ASSIST?

YA. Pengguna perlu terlebih dahulu membuat instalasi Targit Versi 2017 bagi menggunakan ASSIST. Panduan instalasi Targit Versi 2017 boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=6c4fdf6f36dc281979c251831a028d16 Manakala bagi tujuan instalasi, Targit Versi 2017 boleh diperolehi di pautan berikut : 1. TARGIT Versi 2017 (32 bit) https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=d1ac4b9cfc231689a598fd2686839438 2. TARGIT Versi 2017 (64 bit) https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=7697b4b7fb73178db921866708ff7bc0

8. Saya tidak berjaya untuk meneruskan instalasi. Terdapat ralat dipaparkan.

Kebiasaannya, instalasi tidak berjaya diteruskan disebabkan oleh: 1. Sistem operasi yang digunakan adalah kurang daripada Microsoft Windows 8; 2. Fail Microsoft.Net yang terdapat didalam sistem operasi mempunyai versi yang kurang daripada 4.6.2 Sila pastikan sistem operasi yang digunakan ialah Microsoft Windows 8 dan ke atas. Juga sila pastikan versi Microsoft.Net yang terdapat di dalam sistem operasi anda ialah 4.6.2 dan ke atas.

9. Instalasi telah berjaya namun masih tidak dapat membuat capaian ke server ASSIST. Mengapa?

Mungkin terdapat masalah pada rangkaian di jabatan/agensi tuan/puan. Sebagai makluman, port 1300 dan 1301 pada rangkaian perlu dibuka bagi membolehkan interaksi dengan server ASSIST. Sila semak dengan pentadbir rangkaian di jabatan/agensi tuan/puan. Jika masih bermasalah, mohon agensi memanjangkan butiran masalah capaian ASSIST ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tindakan selanjutnya.

10. Adakah latihan ASSIST akan diberikan kepada semua pentadbir HRMIS di agensi?

TIDAK. Latihan untuk pengguna Sistem ASSIST hanya diberikan kepada pentadbir-pentadbir HRMIS di agensi yang telah atau akan diberikan lesen penggunaan sistem.