Logo

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan biru (hyperlink) dan tulisan hitam dalam peti pesanan?

Bagi tulisan biru (hyperlink), pengguna perlu klik hyperlink tersebut dan mengambil tindakan seterusnya di dalam paparan yang dipaparkan. Seterusnya, hyperlink tersebut akan hilang daripada peti pesanan. Bagi tulisan hitam, ia hanya sekadar pemakluman dan boleh dihapuskan.

2. Beberapa item di dalam peti pesanan saya telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi. Saya telah cuba menghapuskannya, namun tidak berjaya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghapuskan item tersebut?

Item peti pesanan yang ingin dihapuskan perlu dilampirkan dan dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi tindakan seterusnya.

3. Adakah tindakan yang diambil melalui paparan menu akan menghapuskan tindakan yang sama di peti pesanan?

Ya. Sekiranya CO telah mengambil tindakan melalui paparan menu, item di dalam peti pesanan akan terhapus dan sebaliknya.

4. Saya telah menghantar permohonan cuti. Walaubagaimanapun, Penyokong saya tidak menerima permohonan saya melalui peti pesanan dan juga menu. Bagaimana saya dapat menyemak di mana permohonan saya itu?

Pentadbir Agensi tuan/puan boleh memantau transaksi peti pesanan melalui menu “Memantau Transaksi”.

Hak Cipta SPM.BPM.JPA © 2017 | Portal Rasmi HRMIS