Cuti Sakit
Rujukan : Perintah Am 15, 17 dan 53 Bab ‘C’
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2006
Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak sihat untuk bertugas berehat di rumah atau hospital untuk memulihkan kesihatannya.
Syarat :
(i) Pegawai telah disahkan sebagai tidak sihat untuk bertugas oleh pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor.
(ii) Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuat ke atas sijil sakit.
(iii) Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/ Ketua Setiausaha Kementerian bagi membolehkan diluluskan cuti sakit.
Kadar :
(i) 90 hari cuti sakit bergaji penuh diluluskan oleh Ketua Jabatan.
(ii) 90 hari cuti sakit tambahan bergaji penuh diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.
Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuat Kuasa: 1 November 2002
Nota:
Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar.
Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar.
